Sunday, August 12, 2018

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN



TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

BHG
PERKARA
CATATAN
Salutasi
Mengumumkan ketibaan para pensyarah Kolej Vokasional Muar untuk masuk ke perkarangan majlis. Hadirin sekalian diminta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang paling gemuruh kepada para pensyarah kita yang diraikan hari ini.
***Pencak Silat daripada pelajar***

Para hadirin dipersilakan duduk

Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

 بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه أجمعين

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Dr Haji Abd Aziz Bin Sahat@Ashari, Pengarah Kolej Vokasional Muar

Tn.Hj Samson Bin Hussin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

En. Mohd Saufi Bin Omar,  Ketua Jaminan Kualiti

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit,  Ketua-ketua Program, para pensyarah KV Muar dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul pada pagi yang gemilang ini bagi meraikan SAMBUTAN HARI GURU KOLEJ VOKASIONAL MUAR bagi tahun 2018. Untuk pengetahuan semua, tema hari guru pada tahun ini ialah  GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan hari guru merupakan satu pengiktirafan buat pensyarah kita yang bergelar ‘GURU’. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha pensyarah menjana dan mengangkat martabat profesion perguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.



Bacaan Doa

Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak akan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Encik Anwaruddin Bin Ismail untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Anwaruddin atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan daripada Ilahi.



Nyanyian lagu

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu negaraku. Semua pelajar dan pensyarah diminta untuk berdiri.

******Nyanyian Lagu Negaraku*****

Seterusnya, sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan pensyarah kita.

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia dan Biarku Menjadi Lilin  oleh barisan pentadbir dan pensyarah-pensyarah. Dipersilakan

*****Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia & Biarku Menjadi Lilin********

Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.




Ucapan Perutusan

Anak kecil pergi berburu
Tidak terbiasa dengan kerja yang sia
Dari kecil di asuh guru
Agar dewasa menjadi manusia.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis akan dimulakan dengan BACAAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA yang akan disampaikan oleh _________________________________________________. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

**************UCAPAN PERUTUSAN*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________
 atas bacaan perutusan sebentar tadi.

Majlis akan diteruskan lagi dengan BACAAN PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA yang akan disampaikan oleh _________________________________________________. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

**************UCAPAN PERUTUSAN*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________
atas bacaan perutusan sebentar tadi.



Bacaan Ikrar Guru
Majlis Sambutan Hari Guru akan diteruskan dengan acara melafazkan Ikrar Guru yang diketuai oleh ___________________________________________
Majlis mempersilakan.

*******Bacaan Ikrar Guru*******

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________ bagi mengetuai lafaz ikrar itu sebentar tadi.

Para pensayarah dan pelajar dipersilakan duduk.

Begitulah dengan penuh semangatnya para pensyarah kita melafazkan ikrar dan mendendangkan lagu itu sebentar tadi. Semangat itu jelas menunjukkan betapa susah payahnya mereka untuk memberikan didikan yang sempurna kepada kita semua. Semoga para pensyarah akan terus berjuang melahirkan modal insan yang cemerlang  dan generasi yang hebat pada masa akan datang



Ucapan Wakil MPP

Seterusnya, majlis menjemput Presiden Majlis Perwakilan Pelajar  untuk menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*************ucapan Wakil MPP*************

Terima kasih diucapkan kepada ______________________________________  atas  ucapan sebentar tadi.



Ucapan Yang Diraikan

Sudah biasa kita dengari
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti.

Buat makluman warga Kolej Vokasional Muar, pada hari ini kita akan kehilangan 4 orang warga KV Muar yang berdedikasi yang telah menumpahkan segala jasa dan khidmat baktinya buat pelajar disini.
ENCIK MOHD FARHAN BIN JAMIL dan CIK DIAN NASHA BT YAHYA bertukar ke Kolej Vokasional Tg Piai dan Kolej Vokasional Tun Hussein Onn manakala ENCIK ROZWIN BIN SHAHAR dan PUAN ZAINAH BINTI HJ NOR secara rasminya akan menamatkan perkhidmatannya.

Marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang terakhir daripada Yang Diraikan iaitu ENCIK ROZWIN BIN SHAHAR. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************Ucapan Yang Diraikan***********

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan ENCIK ROZWIN BIN SHAHAR.

Seterusnya majlis menjemput pula yang Diraikan PUAN ZAINAH BINTI HJ NOR bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************Ucapan Yang Diraikan***********

Terima kasih diucapkan kepada PUAN ZAINAH BINTI HJ NOR atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Diraikan ENCIK MOHD FARHAN BIN JAMIL bagi menyampaikan ucapan sepatah dua kata.

************Ucapan Yang Diraikan***********

Terima kasih diucapkan kepada ENCIK MOHD FARHAN BIN JAMIL atas ucapan itu sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang terakhir daripada Yang Diraikan CIK DIAN NASHA BT YAHYA. Majlis mempersilakan.

************Ucapan Yang Diraikan***********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada CIK DIAN NASHA BT YAHYA atas ucapan itu tadi. Kehilangan ini amatlah dirasai KV Muar kerana melalui kudratnya selama berkhidmat di sini, telah lahir ramai putera puteri yang telah mengharumkan nama KV Muar dalam segenap lapangan. Insan ini tidak pernah mengenal putus asa menabur bakti buat nusa dan negeri tercinta dengan mengajar para pelajar KV Muar tanpa mengenal penat dan jemu. Kehilangannya pasti meninggalkan nostalgia yang sukar dilupakan sehingga badan dikandung tanah.



Ucapan Pengarah

Hadirin yang dimuliakan,

Di mana ada kemahuan
Di situ ada jalan
Jasamu guru tak akan dilupakan
Budimu guru sentiasa dalam ingatan

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati menjemput Dr Hj Aziz Bin Sahat@Ashari, Pengarah Kolej Vokasional Muar untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan Pengarah *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah atas ucapan itu sebentar tadi.





Persembahan pelajar

Warga dewan yang dimuliakan,

Seterusnya, kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan yang akan dilakukan oleh pelajar. Majlis akan dimeriahkan lagi dengan dendangan puisi berlagu oleh wakil pelajar _____________________. Dipersilakan.

*********Persembahan Puisi*********

Berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan itu sebentar tadi. Marilah kita saksikan pula persembahan zapin daripada wakil pelajar _______________.
Majlis mempersilakan.

********Persembahan zapin********

Majlis mengucapkan terima kasih kepada wakil pelajar yang membuat persembahan itu sebentar tadi.



Penyampaian Hadiah

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Di kesempatan ini, pihak kolej berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan yang telah berjasa kepada kolej ini.



Majlis dengan segala hormatnya menjemput En Farhan Bin Jamil diiringi oleh _________________________________________ untuk menerima cenderahati penghargaan, dipersilakan.

*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************


Seterusnya, dijemput Cik Dian Nasha Bt Yahya diiringi oleh _________________________________________ untuk menerima cenderahati di hadapan.


*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************

Dijemput En Rozwin Bin Shahar diiringi oleh ________________________________________untuk tampil kehadapan.


*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************

 Akhir sekali dijemput Puan Zainah diiringi oleh _____________________________________untuk menerima cenderahati di hadapan.

*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.



Penutup

Para hadirin sekalian,

Dengan penyampaian cenderahati sebentar tadi maka Majlis perpisahan ini telah hampir kepada penghujungnya.

Saya mewakili Jawatankuasa Kelab Keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya pada hari ini.

Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangya dari Allah s.w.t. jua dan yang kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri.

Akhir kata,

Sekian. Wabilahitaufik walhidayah. Wasalamualaikum w.b.t. Terima kasih.



Perarakan ke restoren

Diminta pensyarah untuk bergerak ke restoren

******Kompang******



Hello I'm Back!


Assalamualaikum everyone.

Great news, I am now a teacher in Kolej Vokasional Muar after /whispers/ six years on on/off unemployment. So yeah I'm now teaching and all that jazz.

And as a teacher of course la kan, its not only about teaching. I have a bunch of other things to do in school. One of the most unexpected thing that I have to do in school is being an emcee aka pengacara majlis. And I always try to scrounge around for emcee texts on the internet. So thankful for all you teachers and non teachers for providing all those texts. And I'm like hey I should share mine too despite it being sometimes imperfect. So for as long as I am an emcee for school, I will share the texts me and my friend made.

Thanks for now. Enjoy the emcee texts guy
s :)


Sunday, October 3, 2010

Watching movies...

Our tutorials are currently spent watching movies brought by Amelia and Alicia...how nice to spend your class doing such interesting activities...we are not burdened with reading or learning, we just need to watch movies about teacher...

some movies that we watched that I haven't commented on are:
  • Lean On Me
  • Finding Forrester
  • CHALK
  • Passion
all the movies are thoughtfully done...we were inspired by it and we can learn from it...
Like Dr Jaya said, good teachers only exist in movies...I would LOVE to prove him wrong and hopefully one day, I can be a good teacher also...

If only Malaysia has some good movies about teachers, I'll be one happy person...

Fairytales...

Dont we all wish we were in fairytales...living happily with others by our side...Getting whatever we want...
It seems like every girls wish to live in a fairytales...Being with Prince charming and living happily ever after...getting all the beautiful clothes and expensive jewelery are every girls' dream...

but what girls dont realize is how much a fairytale deceives them into believing that all girls are needy, weak and a pushover...

taking Rapunzel for example, she is weak and only hopes for Prince charming to come and save her...it shows that a girl needs a boy or a girl cannot survive the world...

and taking into considerations how girls in fairytales are always beautiful and skinny, shows that is what we need to be happy...for a man to take notice and eventually be happy ever after...ugly women are portrayed by witches, and evil stepmom which is irrelevant to evryone...cant a girl with not so pretty face be nice???

bringing this inappropriateness into considerations, I decided to make my research paper entitled 'Women' treatment in fairytales'...I will research on the treatment that women received in fairytales and the significance of it for students live...

well, now, I only need to find more texts to be used and more reading to be done....

Friday, October 1, 2010

You will never get a second chance in life

I believe it is true...in life, if you make a mistake you will never get a second chance...In fact sometimes, you dont even deserve a second chance...That is why I believe you should always keep that principle in mind so that you will think twice before doing anything...

But on the other hand, mistakes are mistakes...we sometimes make mistakes without realizing it...Thus, it is fair for someone who made inescapably mistakes not getting a second chance...dont they deserve to be given a second chance???

however, logically, a mother that abandon her child is not entitled to have a second chance right???she decided to left the baby instead of be responsible to it...but in 'The Merry maid' that particular mother managed to get a second chance...yes, she did not get to take the child away from the adopted family...but she is able to see the child...held the child's hands and also be around that child...

and for that, I got my idea to write on my position paper...the title is 'You will never get a second chance in life'... i am going to argue on this fact...using 'The Merry Maid' as my text...I'll do my best for this topic...