TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN
HARI GURU
BHG
|
PERKARA
|
CATATAN
|
Salutasi
|
Mengumumkan ketibaan
para pensyarah Kolej Vokasional Muar untuk masuk ke perkarangan majlis.
Hadirin sekalian diminta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang paling
gemuruh kepada para pensyarah kita yang diraikan hari ini.
***Pencak Silat
daripada pelajar***
Para
hadirin dipersilakan duduk
Kompang
Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu
oleh Si Anak Muda
Hadir
Tuan Puan meriah suasana
Kami
menyambut penuh gembira
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد
لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى
آله وأصحابه أجمعين
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Yang Berusaha Dr Haji Abd Aziz
Bin Sahat@Ashari, Pengarah Kolej Vokasional Muar
Tn.Hj Samson Bin Hussin,
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
En. Mohd Saufi Bin Omar, Ketua Jaminan Kualiti
Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Ketua-ketua Program, para pensyarah KV Muar
dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah,
marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan
limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk
kita sama-sama berkumpul pada pagi yang gemilang ini bagi meraikan SAMBUTAN
HARI GURU KOLEJ VOKASIONAL MUAR bagi tahun 2018. Untuk pengetahuan semua,
tema hari guru pada tahun ini ialah GURU
PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN.
Hadirin-hadirat
yang dihormati sekalian,
Sambutan
hari guru merupakan satu pengiktirafan buat pensyarah kita yang bergelar ‘GURU’.
Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad
serta ikhtiar dalam usaha pensyarah menjana dan mengangkat martabat profesion
perguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
|
|
Bacaan
Doa
|
Hadirin Yang Dimuliakan,
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak akan sempurna
Tanpa diiring seutai doa
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Encik Anwaruddin Bin Ismail untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…
**************BACAAN DOA*******************
Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Anwaruddin atas pimpinan
doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan daripada Ilahi.
|
|
Nyanyian
lagu
|
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu negaraku.
Semua pelajar dan pensyarah diminta untuk berdiri.
******Nyanyian Lagu Negaraku*****
Seterusnya,
sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan pensyarah kita.
Saksikanlah
persembahan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia dan Biarku Menjadi Lilin oleh barisan pentadbir dan pensyarah-pensyarah.
Dipersilakan
*****Nyanyian
Lagu Kami Guru Malaysia & Biarku Menjadi Lilin********
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.
|
|
Ucapan
Perutusan
|
Anak kecil pergi berburu
Tidak terbiasa dengan kerja yang sia
Dari kecil di asuh guru
Agar dewasa menjadi manusia.
Warga dewan yang dimuliakan,
Majlis akan dimulakan dengan BACAAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN
MALAYSIA yang akan disampaikan oleh _________________________________________________. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan.
**************UCAPAN PERUTUSAN*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________
atas bacaan perutusan sebentar tadi.
Majlis akan diteruskan lagi dengan BACAAN PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN
MALAYSIA yang akan disampaikan oleh _________________________________________________. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan.
**************UCAPAN PERUTUSAN*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________
atas bacaan perutusan sebentar tadi.
|
|
Bacaan
Ikrar Guru
|
Majlis Sambutan Hari Guru akan diteruskan dengan acara melafazkan
Ikrar Guru yang diketuai oleh ___________________________________________
Majlis mempersilakan.
*******Bacaan Ikrar Guru*******
Terima kasih diucapkan kepada _______________________________ bagi mengetuai
lafaz ikrar itu sebentar tadi.
Para
pensayarah dan pelajar dipersilakan duduk.
Begitulah
dengan penuh semangatnya para pensyarah kita melafazkan ikrar dan
mendendangkan lagu itu sebentar tadi. Semangat itu jelas menunjukkan betapa
susah payahnya mereka untuk memberikan didikan yang sempurna kepada kita
semua. Semoga para pensyarah akan terus berjuang melahirkan modal insan yang
cemerlang dan generasi yang hebat pada
masa akan datang
|
|
Ucapan
Wakil MPP
|
Seterusnya, majlis menjemput Presiden Majlis Perwakilan Pelajar untuk menyempurnakan bingkisan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan Wakil MPP*************
Terima kasih diucapkan kepada ______________________________________
atas ucapan sebentar tadi.
|
|
Ucapan
Yang Diraikan
|
Sudah biasa kita dengari
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti.
Buat makluman warga Kolej Vokasional Muar, pada hari ini kita akan
kehilangan 4 orang warga KV Muar yang berdedikasi yang telah menumpahkan
segala jasa dan khidmat baktinya buat pelajar disini.
ENCIK MOHD FARHAN BIN JAMIL dan CIK DIAN NASHA BT YAHYA bertukar ke
Kolej Vokasional Tg Piai dan Kolej Vokasional Tun Hussein Onn manakala ENCIK
ROZWIN BIN SHAHAR dan PUAN ZAINAH BINTI HJ NOR secara rasminya akan menamatkan
perkhidmatannya.
Marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang terakhir daripada Yang Diraikan
iaitu ENCIK ROZWIN BIN SHAHAR. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
************Ucapan Yang Diraikan***********
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Diraikan ENCIK ROZWIN BIN SHAHAR.
Seterusnya majlis menjemput pula yang Diraikan PUAN ZAINAH BINTI HJ
NOR bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************Ucapan Yang Diraikan***********
Terima kasih diucapkan kepada PUAN ZAINAH BINTI HJ NOR atas ucapan
beliau sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Yang Diraikan ENCIK MOHD FARHAN BIN JAMIL
bagi menyampaikan ucapan sepatah dua kata.
************Ucapan Yang Diraikan***********
Terima kasih diucapkan kepada ENCIK MOHD FARHAN BIN JAMIL atas ucapan
itu sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang terakhir daripada Yang
Diraikan CIK DIAN NASHA BT YAHYA. Majlis mempersilakan.
************Ucapan Yang Diraikan***********
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada CIK DIAN NASHA BT YAHYA atas
ucapan itu tadi. Kehilangan ini amatlah dirasai KV Muar kerana melalui
kudratnya selama berkhidmat di sini, telah lahir ramai putera puteri yang
telah mengharumkan nama KV Muar dalam segenap lapangan. Insan ini tidak
pernah mengenal putus asa menabur bakti buat nusa dan negeri tercinta dengan
mengajar para pelajar KV Muar tanpa mengenal penat dan jemu. Kehilangannya
pasti meninggalkan nostalgia yang sukar dilupakan sehingga badan dikandung
tanah.
|
|
Ucapan
Pengarah
|
Hadirin yang dimuliakan,
Di mana ada kemahuan
Di situ ada jalan
Jasamu guru tak akan dilupakan
Budimu guru sentiasa dalam ingatan
Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati menjemput
Dr Hj Aziz Bin Sahat@Ashari, Pengarah Kolej Vokasional Muar untuk
menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
**********Ucapan Pengarah *******************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah atas ucapan
itu sebentar tadi.
|
|
Persembahan
pelajar
|
Warga dewan yang dimuliakan,
Seterusnya, kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan yang akan
dilakukan oleh pelajar. Majlis akan dimeriahkan lagi dengan dendangan puisi berlagu oleh wakil
pelajar _____________________. Dipersilakan.
*********Persembahan Puisi*********
Berikan
tepukan yang gemuruh kepada persembahan itu sebentar tadi. Marilah kita
saksikan pula persembahan zapin daripada
wakil pelajar _______________.
Majlis
mempersilakan.
********Persembahan
zapin********
Majlis mengucapkan terima kasih kepada wakil pelajar yang membuat
persembahan itu sebentar tadi.
|
|
Penyampaian
Hadiah
|
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Di kesempatan ini, pihak kolej berbesar hati untuk
memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan yang telah berjasa kepada kolej ini.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput En Farhan Bin Jamil diiringi oleh
_________________________________________ untuk menerima cenderahati
penghargaan, dipersilakan.
*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************
Seterusnya, dijemput Cik Dian Nasha Bt Yahya diiringi oleh
_________________________________________ untuk menerima cenderahati di
hadapan.
*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************
Dijemput En
Rozwin Bin Shahar diiringi oleh ________________________________________untuk
tampil kehadapan.
*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************
Akhir sekali
dijemput Puan Zainah diiringi oleh
_____________________________________untuk menerima cenderahati di hadapan.
*************PENYAMPAIAN CENDERAHATI****************
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada semua
pensyarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
|
|
Penutup
|
Para hadirin sekalian,
Dengan penyampaian cenderahati sebentar tadi maka Majlis
perpisahan ini telah hampir kepada penghujungnya.
Saya mewakili Jawatankuasa Kelab Keluarga merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
ini berjalan dengan jayanya pada hari ini.
Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini. Sesungguhnya,
yang terbaik itu datangya dari Allah s.w.t. jua dan yang kekurangan itu
adalah kelemahan saya sendiri.
Akhir kata,
Sekian. Wabilahitaufik walhidayah. Wasalamualaikum
w.b.t. Terima kasih.
|
|
Perarakan
ke restoren
|
Diminta pensyarah untuk bergerak ke restoren
******Kompang******
|
|